Tarif AS: Pulau Pinang bentang hasil inisiatif esok

Tarif AS: Pulau Pinang bentang hasil inisiatif esok

AHMAD Fuzi Abdul Razak (duduk, tengah) bersama Chow Kon Yeow (duduk, tiga dari kiri) pada Majlis Rumah Terbuka TYT yang diadakan bersama kerajaan negeri di Pusat Konvensyen PICCA di Butterworth, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Pulau Pinang dijangka membentangkan hasil inisiatif yang diperolehi daripada pemain industri di negeri ini susulan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia dalam perbincangan meja bulat, esok.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, inisiatif itu akan diperincikan oleh beliau sendiri selaku pengerusi portfolio yang dipegang di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) iaitu Pembangunan Ekonomi.

“Situasi ekonomi global susulan pengenalan kadar tarif yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap negara kita yang bermula semalam hangat diperdebatkan.

“Dalam hal ini, kedudukan Pulau Pinang yang sekali lagi menjadi penyumbang eksport utama dalam negara pada Februari lalu dengan nilai RM9.3 bilion dikhuatiri akan menerima impak yang serius susulan pelaksanaan tarif ini.

“Justeru, selari dengan usaha Kerajaan Persekutan, kerajaan negeri turut mengambil tindakan proaktif dan relevan dalam berhadapan dengan situasi terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan kerajaan negeri di Pusat Konvensyen PICCA di sini, hari ini.

Dianggarkan, lebih 3,000 tetamu hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu yang menyediakan lebih daripada 20 jenis hidangan yang menarik untuk dinikmati.

Semalam, AS mula melaksanakan tarif sebanyak 24 peratus ke atas beberapa produk eksport dari Malaysia.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan perdagangan yang diambil oleh kerajaan negara itu untuk melindungi industri tempatan mereka atau sebagai balasan terhadap dasar perdagangan antarabangsa ketika ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya