PETALING JAYA: Industri perkilangan berhadapan dengan peningkatan kos eksport sehingga 30 peratus sekiranya Malaysia gagal menghentikan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum ini. Tinjauan awal Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mendapati pengilang tempatan menjangkakan impak yang besar terhadap struktur kos dan daya saing sekiranya tarif 24 peratus itu dilaksanakan. Secara khusus, setiap syarikat menjangkakan mereka akan menghadapi peningkatan kos eksport antara 10 hingga 30 peratus berpunca daripada peningkatan kos logistik, pematuhan dan perubahan sumber bekalan akibat gangguan rantaian bekalan global. Presiden FMM, Tan Sri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya