Tangki Pajero diubah suai, asing petrol dan diesel untuk seludup

Tangki Pajero diubah suai, asing petrol dan diesel untuk seludup

KENDERAAN pacuan empat roda yang digunakan untuk menyeludup bahan bakar bersubsidi berjaya dirampas dalam serbuan di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membongkar taktik licik seorang lelaki tempatan yang mengubah suai tangki sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.

Suspek ditahan pada pukul 3.45 petang semalam di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu di sini menerusi Operasi Bersepadu KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor.

Pengarah KPDN negeri, Azman Ismail berkata, anggota bertugas menjumpai sebanyak 75 liter petrol dan 15 liter diesel dalam tangki yang diubah suai untuk mengasingkan kedua-dua bahan bakar itu.

“KPDN Kelantan turut merampas empat helai resit pembelian minyak dari stesen berkenaan dan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM15,198.45. 

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Tambah Azman, pihaknya turut menjalankan siasatan ke atas stesen minyak terlibat yang dipercayai melanggar Arahan Pengawal Bekalan. 

Katanya, beberapa dokumen termasuk dokumen jual beli bahan bakar, salinan lesen, buku stok serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dirampas untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya