Syarikat telco diberi tempoh hingga petang ini jika internet masih lemah - Utusan Malaysia

Syarikat telco diberi tempoh hingga petang ini jika internet masih lemah

FAHMI Fadzil melawat pameran pada program Hari Bersama Komuniti NADI Air Kuning di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Kuning,Tapah hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Syarikat telekomunikasi diberikan tempoh sehingga pukul 5 petang ini untuk menyelesaikan masalah berkaitan capaian internet lemah di seluruh negara atau bakal berdepan dengan tindakan tegas.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau telah menghubungi Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din pagi tadi dan mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi terlibat memberikan maklum balas segera terhadap maklumat capaian lemah yang telah disampaikan kepada mereka.

“Saya lihat syarikat telekomunikasi perlu lebih cergas selesaikan masalah. Bila bab kutip tunggakan bil, bukan main cepat. Kalau kita lewat sehari dua, terus dia (syarikat telekomunikasi) tutup talian tetapi apabila kita (pengguna) mengadu pada dia berbulan-bulan (untuk selesaikan masalah).

“I had enough (tiada lagi kompromi) dan saya minta sekiranya mereka tidak mengemukakan penyelesaian cergas dan tuntas menjelang jam 5 petang ini, esok SKMM akan ambil tindakan penguatkuasaan ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Hari Bersama Komuniti (HBK) NADI Ayer Kuning di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Ayer Kuning di sini hari ini.

Katanya, tempoh itu selepas mengambil kira masalah sama berlaku di pelbagai lokasi termasuk di beberapa Kampung Orang Asli (KOA) di Ayer Kuning yang capaiannya sangat teruk.

“SKMM sudah buat pandu uji ke seluruh negara bulan lalu, untuk menguji kelajuan internet dan saya dapati syarikat telekomunikasi sangat lembap menyelesaikan masalah serta aduan.

“Syarikat telekomunikasi maklum mengenai perkara ini (isu capaian internet) jadi saya rasa mereka sepatutnya lebih pantas dan menyeluruh (untuk menyelesaikan perkara berkenaan).

“Saya sebelum ini, pernah pastikan ada perjanjian komersial dicapai syarikat telekomunikasi, tak kan menteri sendiri yang perlu kena uruskan (penyelesaian isu internet lemah). Syarikat perlu lebih pantas dan cerdas,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya