Syamsul makin kurus, Yusof Haslam cadang cari pasangan

Syamsul makin kurus, Yusof Haslam cadang cari pasangan

syamsul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penerbit, Datuk Yusof Haslam, lega melihat perubahan anaknya, Syamsul Yusof yang perlahan-lahan membina semula hidup selepas dilanda ujian rumah tangga. 

Jelas Yusof, 70, tubuh anaknya semakin susut namun positif melihat kecekalan Syamsul mahu melunaskan projek filem Original Gangster yang tertunda.

“Sekarang Alhamdulillah dia nampak lebih fokus. Saya perhati proses penggambaran filem Original Gangster ambil masa lama, mungkin disebabkan banyak masalah dalam hidup dia sebelum ini.

“Dia pun saya lihat sudah semakin bersemangat cuma berat badannya sedikit turun dan nampak kurus.

“Saya pesan pada syamsul, ala sekalipun kena kuat semangat,” katanya.

Yusof ditemui Utusan Malaysia selepas majlis tayangan gala filem Blood Brothers Bara Naga di IOI City Mall, semalam.

Enggan Syamsul Yusof menutup pintu hati mendapatkan cinta yang baru, Yusof mengakui ada mencadangkan anaknya itu mencari pasangan yang boleh memberi ketenangan dalam hidup.

“Tiada makna cari duit dan kaya tapi hidup seorang diri. Nanti akan rasa bosan.

“Saya pesan juga agar bina hidup baru dan jangan hidup seorang diri. Tapi dia kata nak kekal solo buat sementara ini. Katanya ‘nantilah Papa’ dan nak fokus kerja, dia pun ada dua lagi projek filem lagi.

“Saya kata cari pasangan, hidup ini kalau tiada pasangan, tak ada makna. Paling penting dalam kehidupan ialah ketenangan dan bukannya kemewahan,” ceritanya. 

Bercerita mengenai foto sambutan hari raya baru-baru ini yang mempertemukan semula seluruh ahli keluarga termasuk Puteri Sarah. Yusof bagaimanapun tidak mendesak untuk Shamsul kembali bersama dengan bekas isteri. 

“Sambutan raya kali ini Alhamdulillah, dengan Syamsul balik. Kami pun gembira dan sempat bercuti bersama di Switzerland baru-baru ini.

“Saya tidak rasa Syamsul serik untuk mempunyai pasangan pada masa akan datang namun sebagai orang tua, saya doakan dia mendapat jodoh yang baik.

“Saya pun tak mahu mendesak dia perlu balik kepada Puteri Sarah dan sebagainya. Semua ini ketentuan Allah. Saya rasa Sarah dengan Syamsul akan terus menjadi sahabatlah,” katanya lagi.

Terdahulu, foto hari raya keluarga mereka mencuri perhatian kerana Syamsul dan Sarah turut dilihat menyambut lebaran di hari raya pertama bersama-sama.

 Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun 2023. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN