Syahredzan, Young Syefura mahu ubah persepsi masyarakat Melayu terhadap DAP

Syahredzan, Young Syefura mahu ubah persepsi masyarakat Melayu terhadap DAP

Syahredzan dan Young Syefura ketika di sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP), Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman bertekad untuk terus mendekati masyarakat Melayu bagi mengubah persepsi mereka terhadap DAP.

Mereka juga berazam untuk memperkukuhkan sokongan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kepada parti berkenaan.

Syahredzan yang juga Ahli Parlimen Bangi berkata, kehadiran pemimpin Melayu di pelbagai peringkat seperti ketua cawangan, ahli majlis dan jawatankuasa negeri membuktikan parti itu benar-benar inklusif dan terbuka untuk semua tanpa mengira kaum.

“Bilangan penyertaan anak muda Melayu dan wanita dalam parti meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan. Ini menunjukkan semakin ramai golongan belia minat terhadap parti DAP,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, Young Syefura yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata, penerimaan mereka daripada masyarakat di luar bandar amat baik disebabkan gerak kerja mereka yang pantas dalam membantu rakyat.

“Sebenarnya kita sudah lama dianggap komunis, jadi menjadi tanggungjawab kami untuk mengubah persepsi negatif itu dengan menunjukkan gerak kerja yang baik kepada rakyat.

“Dengan menggunakan platform sosial media yang diguna ramai oleh masyarakat, ini merupakan satu ruang yang besar untuk kita mainkan peranan penting dalam membuktikan pencapaian serta apa yang parti ini hendak lakukan kepada rakyat,” kata Ahli Parlimen Bentong itu.

Dalam pemilihan DAP baru-baru ini, mereka merupakan pemimpin Melayu yang terpilih dalam CEC DAP bagi penggal 2025 hingga 2028 di mana Syahredzan memperoleh 2,065 undian manakala Young Syefura mendapat 1,943 undi.

Sebelum ini, Syahredzan berkata, dia komited untuk menjadi ‘duta’ DAP bagi menarik ramai penyokong Melayu namun baginya, perkara tersebut bukanlah tugasan yang mudah.

Syahredzan berkata, dia dan Young Syefura dipilih menjadi anggota CEC DAP walaupun penyertaan orang Melayu dalam parti itu kurang 10 peratus.

“Ini menunjukkan bahawa perwakilan kita ini tidak melihat kepada agama dan bangsa, malah mereka melihat kesesuaian seorang calon itu membawa parti ke peringkat yang lebih tinggi.

“Parti DAP tidak melihat pada berapa jumlah ahli partinya, tapi melihat kepada penyokong-penyokong. Itu adalah lebih penting kerana mereka tahu perjuangan parti dalam membantu rakyat,” tambah Young Syefura.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Syahredzan berkata, mereka akan membantu Barisan Nasional (BN) berkempen pada PRK itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya