PETALING JAYA: Hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang wanita terperangkap di dalam banjir kilat dalam kejadian di Jalan PJU 1a/46, di sini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.13 pagi.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya tiba di lokasi pada pukul 5.35 pagi mendapati kawasan itu dinaiki banjir kilat sedalam 1.52 meter (m).
“Sebuah kenderaan model Honda CRV terperangkap di dalam banjir kilat berkenaan dan seorang wanita tempatan berusia 50-an diselamatkan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN