Suspek ugut penguat kuasa DBKL direman 2 hari

Suspek ugut penguat kuasa DBKL direman 2 hari

DATUK RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, suspek direman bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah. 

“Dia direman dua hari,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini. 

Semalam, suspek berusia 57 tahun itu dilaporkan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada pukul 12.10 pagi, susulan laporan yang diterima daripada pegawai penguat kuasa DBKL.

Laporan polis dibuat pada pukul 1.07 petang kelmarin berhubung satu hantaran di laman sosial Facebook membabitkan tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp yang mengandungi ugutan dan hasutan terhadap penguat kuasa DBKL.

Pengadu menyatakan, kandungan perbualan itu berunsur ancaman dan hasutan dengan niat terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas menguatkuasakan undang-undang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya