Suspek cubaan rogol direman empat hari

Suspek cubaan rogol direman empat hari

LOKASI seorang wanita menjadi mangsa serangan seksual di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita ketika mangsa sedang berjoging seorang diri di Taman Bandaraya Bukit Serindit di sini, kelmarin sudah diberkas polis, dua jam selepas kejadian.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Banda Hilir kira-kira pukul 12.05 tengah malam semalam, hasil tindakan pantas berdasarkan maklumat dan pengecaman oleh mangsa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, penahanan dilakukan selepas mangsa berusia 20 tahun tampil membuat laporan sebaik kejadian berlaku pada pukul 10 malam.

“Suspek didapati datang dari arah belakang sebelum memeluk mangsa, menekup mulutnya dan mencabulnya. Dia turut cuba menarik mangsa ke arah kawasan semak, namun wanita itu berjaya melawan dan menjerit meminta pertolongan.

“Susulan maklumat yang diperoleh, polis menjalankan gerakan mengesan suspek sebelum berjaya menahannya tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang wanita menjadi mangsa serangan seksual apabila dicabul seorang lelaki ketika sedang berjoging di Taman Bandaraya Bukit Serindit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, mangsa berjaya diselamatkan selepas kejadian itu disedari orang awam yang berada di lokasi.

Dzulkhairi berkata, ujian saringan air kencing mendapati, suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah dan kini direman selama empat hari hingga 14 April ini bagi siasatan lanjut.

Tambah Dzulkhairi, orang ramai dinasihatkan agar lebih peka dengan keselamatan diri terutama ketika melakukan aktiviti bersendirian di tempat awam.

“Suspek sedang disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. Polis komited memastikan keselamatan awam dan akan terus mempertingkatkan rondaan di kawasan rekreasi dan tumpuan orang ramai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya