SHAH ALAM: Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikenang sebagai seorang Perdana Menteri yang sentiasa menekankan nilai-nilai kesederhanaan, perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Menurut Exco Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan,
V.Papparaidu,sepanjang tempoh pentadbiran beliau, masyarakat India di negara ini telah menerima pelbagai manfaat hasil dasar-dasar inklusif dan berorientasikan kebajikan.
“Di bawah pentadbiran beliau kerajaan mula memberi perhatian serius terhadap sekolah-sekolah tamil.
“Beliau juga meluluskan peruntukan tambahan untuk pembinaan dan enambahbaikan sekolah Tamil termasuk membina bangunan baharu, menggantikan bangunan papan lama dan menambah kemudahan asas seperti tandas,makmal dan perpustakaan,”katanya di di sini hari ini.
Beliau berkata,Tun Abdullah turut mewujudkan ruang dialog dan kerjasama yang lebih erat dengan parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India dan tokoh masyarakat bagi membincangkan masalah dan keperluan komuniti tersebut.
Katanya lagi, Tun Abdullah turut membantu masyarakat India untuk berniaga melalui pembiayaan mikro Tabung TEKUN Nasional.
“Tun Abdullah sentiasa menghormati dan menghadiri sambutan perayaan utama kaum India,malah Deepavali terus dikekalkan sebagai cuti umum nasional.
“Pendekatan gagasan Islam Hadhari yang inklusif oleh Tun Abdullah,walaupun ia berakar dalam prinsip Islam, pendekatan ini menekankan nilai sejagat seperti keadilan, toleransi dan pembangunan insan yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, termasuk kaum India,”ujarnya.-UTUSAN