Sultan Nazrin lancar buku 'Helang Samudera: Perisai Maritim'

Sultan Nazrin lancar buku ‘Helang Samudera: Perisai Maritim’

SULTAN Nazrin Shah berkenan melancarkan buku Helang Samudera pada Majlis Peluncuran Buku Helang Samudera Perisai Maritim Negara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menyempurnakan pelancaran buku ‘Helang Samudera: Perisai Maritim’, yang diterbitkan bersempena ulang tahun ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). 

Buku setebal 180 muka surat itu menggambarkan dedikasi Maritim Malaysia sebagai institusi utama dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Buku mewah itu diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Buku Negara yang memerihalkan naratif visual berkualiti tinggi dan cerita operasi sebenar yang tidak pernah dikongsi kepada khalayak umum.

Bagi memperluas manfaat dan kesedaran awam terhadap peranan Maritim Malaysia, buku itu akan diedarkan ke perpustakaan seluruh negara, termasuk sekolah dan universiti.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam ucapannya menyifatkan penerbitan naskhah berkenaan sebagai satu penghormatan besar buat wira maritim negara

“Selama dua dekad ini, Maritim Malaysia mempertaruhkan keselamatan diri demi kedaulatan perairan negara.

“Buku ini bukan sekadar dokumentasi sejarah, tetapi khazanah bernilai tinggi memaparkan keberanian, kecekalan dam dedikasi anggota Maritim Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan, pencerobohan perairan dan operasi menyelamat berisiko tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya