Sukma 2028 di Kelantan guna model Dasar Sukan Mesra Islam

Sukma 2028 di Kelantan guna model Dasar Sukan Mesra Islam

SEBAHAGIAN ahli panel bersama agensi yang hadir pada Sidang Meja Bulat Siri Ke 2: Pelaksanaan Polisi dan Dasar Sukan Mesra Islam Kelantan di Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2028 di negeri ini bakal menggunakan Dasar Sukan Mesra Islam Kelantan sekali gus menjadi revolusi baharu dalam kancah arena sukan negara pada masa depan.

Ketua Penyelidik Polisi dan Dasar Jabatan Perubatan Sukan, Fakulti Perubatan Sukan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Abdul Halim Mokhtar berkata, model yang mempunyai tiga fasa itu sedang dirangka bagi memastikan ia dapat dilaksanakan pada sukan dwi tahunan berkenaan.

“Beberapa aspek perlu diambil kira dalam merealisasikan hasrat ini berkaitan pakaian dan faisiliti-fasiliti sukan memandangkan turut melibatkan atlet bukan Islam.

“Pada masa sama, pertemuan dengan kepemimpinan kerajaan Pusat dan negeri, mufti exco agama, atlet, pihak sekolah serta lain-lain bagi mendapat maklum balas,” katanya semasa Sidang Meja Bulat Siri Ke 2: Pelaksanaan Polisi dan Dasar Sukan Mesra Islam Kelantan di sini, semalam.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya