SPRM yakin Ketua Menteri Sabah tidak terlibat video rasuah

SPRM yakin Ketua Menteri Sabah tidak terlibat video rasuah

Azam Baki bercakap dalam sidang akhbar selepas program Cakna Rasuah di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yakin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak terkait dalam video-video dakwaan rasuah yang melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Menurutnya, SPRM sangat telus dalam siasatan tersebut yang masih berjalan.

“Ketua Menteri pun kita sudah panggil untuk memberi keterangan. Hajiji sudah dipanggil dua kali.

“Apa yang dinyatakannya, saya tak boleh dedahkan, tetapi saya yakin beliau tidak terlibat dalam sebarang video berkenaan,” katanya kepada pemberita pada  program Cakna Rasuah di sini, hari ini.

Cuma kata beliau, ada beberapa perkara lagi daripada Hajiji yang belum diselesaikan.

Azam berkata, keterangan lapan ADUN yang terlibat telah dirakam dan ahli perniagaan Datuk Albert Tei juga akan dipanggil untuk memberi keterangan lanjut.

Katanya, kesemua 10 video tersebut sedang disiasat pasukan forensik SPRM untuk menentukan kesahihan.

Mengenai kes rasuah RM50,000 yang didakwa melibatkan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, katanya, siasatan masih berjalan.

“Kes ini telah dimasukkan dalam kertas siasatan, kerana ia juga termasuk dalam dakwaan-dakwaan tersebut,” katanya.

Kadzim disiasat selepas didakwa menerima rasuah dalam video tersebut namun beliau menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan ia hanya satu pinjaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN