SPM 2024: Putrajaya catat GPN 3.44 mata 

SPM 2024: Putrajaya catat GPN 3.44 mata 

SPM 2024: Putrajaya catat GPN 3.44 mata 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 di Putrajaya berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) secara keseluruhan mencatatkan 3.44 mata iaitu perbezaan 0.01 mata, berbanding 3.43 mata tahun 2023. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Putrajaya, Ezaiddin Hussain berkata, tahun ini seramai 2,023 calon atau 99.07 peratus layak menerima sijil SPM iaitu peningkatan 0.22 peratus, daripada jumlah keseluruhan 2,042 calon yang menduduki peperiksaan.

Daripada 2,023 calon tersebut, seramai 175 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran. 

Bagaimanapun, katanya, jumlah itu menunjukkan penurunan 1.64 peratus berbanding tahun 2023 yang mencatatkan seramai 187 calon memperoleh keputusan cemerlang. 

“Satu pencapaian yang besar pada tahun ini adalah melibatkan Bahasa Melayu dengan 100 peratus pelajar di Putrajaya lulus mata pelajaran tersebut. 

“Mereka yang tidak layak mendapat sijil pula adalah melibatkan mata pelajaran Sejarah iaitu tujuh pelajar yang gagal,” katanya ketika ditemui pemberita pada pengumuman keputusan SPM 2024 di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Ezaiddin berkata, calon-calon yang tidak menduduki peperiksaan pula melibatkan seramai 12 pelajar atas faktor-faktor tertentu antaranya masalah kesihatan dan sudah berhenti sekolah. 

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, berdasarkan keputusan SPM 2024 yang diumumkan hari ini, kementerian akan menjalankan ‘post mortem’ bagi menambah baik mata pelajaran yang dilihat mempunyai kelemahan seterusnya memberi penumpuan kepada calon-calon pada tahun ini. 

“Keputusan secara keseluruhan telah pun diumumkan pagi tadi dan ia adalah keputusan yang amat membanggakan. 

“Macam yang kita maklumkan tadi, kita akan cuba melihat kepada kualiti setiap subjek dengan melakukan ‘post mortem’,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya