SPM 2024: Banjir tidak beri kesan, tahap pencapaian meningkat

SPM 2024: Banjir tidak beri kesan, tahap pencapaian meningkat

AZMAN Adnan pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2024 di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bencana banjir yang melanda Kelantan, Terengganu dan Kedah pada awal Disember tahun lalu tidak memberi kesan terhadap pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. 

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, tahap pencapaian calon di ketiga-tiga negeri itu menunjukkan peningkatan signifikan. 

” Ini mencerminkan bahawa kesediaan dan kejayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengendalikan peperiksaan dalam situasi bencana banjir.

“Antara langkah diambil itu dengan menyediakan pusat peperiksaan alternatif, penempatan calon di asrama sekolah, kemudahan pengangkutan, khidmat sokongan psikososial, kerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2024 di sini hari ini. 

Pada 2 Disember lalu, KPM melancarkan Op Payung bagi memastikan semua calon SPM 2024 di ketiga-tiga negeri berkenaan yang dilanda hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir dapat menduduki peperiksaan dengan baik. 

Calon terjejas banjir ditempatkan ke asrama atau pusat peperiksaan alternatif bagi memastikan calon mendapat keselesaan menduduki peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya