SPM 2024: 436 calon di Kelantan dapat semua A - Utusan Malaysia

SPM 2024: 436 calon di Kelantan dapat semua A

MAT Lazim Mohammad (tengah) menunjukkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Kelantan semasa sidang media di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 436 atau 2.18 peratus daripada 26,507 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di negeri ini memperoleh keputusan semua A.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan dan Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Mat Lazim Mohammad berkata, jumlah itu meningkat 0.16 peratus atau 41 calon berbanding 395 calon bagi SPM 2023.

Katanya, secara keseluruhan seramai 11,789 calon atau 59.26 peratus daripada 26,507 calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki.

“Peratus calon yang layak menerima sijil SPM juga meningkat kepada 95.99 peratus bagi SPM 2024 berbanding 95.08 peratus pada tahun 2023.

“Ia adalah berdasarkan syarat pensijilan SPM yang menetapkan calon sekurang-kurangnya lulus dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2024 di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Tunjong di sini hari ini.

Mat Lazim berkata, secara keseluruhannya, Gred Purata National (GPN) bagi SPM 2024 adalah 4.62 iaitu lebih baik berbanding SPM 2023 (4.72).

Katanya, daripada 54 mata pelajaran yang diduduki calon pada SPM 2024, sebanyak 49 mata pelajaran mencapai kelulusan 85 peratus ke atas tahun ini berbanding 20 mata pelajaran pada tahun sebelumnya.

“Sebanyak 50 buah sekolah menunjukkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi GPN pada tahun 2024.

“Sekolah Menengah Sains Machang muncul sekolah terbaik di Kelantan bagi SPM 2024 apabila mencatat GPS 1.65,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya