‘Solat ibarat oksigen yang kita perlukan untuk hidup’ - Utusan Malaysia

‘Solat ibarat oksigen yang kita perlukan untuk hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak berhijrah, segala perkongsian Islamik daripada pelakon jelita, Nora Danish terus menjadi inspirasi dalam kalangan warganet.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Nora memberitahu dia menganggap solat lima waktu itu seperti oksigen yang diperlukannya untuk terus kekal bernyawa dalam hijrahnya.

“Apa yang saya tekankan dalam proses ini adalah saya anggap solat itu seperti oksigen. Di mana kita perlukan oksigen untuk hidup, tanpa solat kita memang tak boleh bernyawa,” katanya.

Tambah Nora, dia juga sering menggandakan usahanya untuk terus dekat dengan Sang Pencipta agar dapat kekal istiqamah.

“Selain itu, saya letak lebih tekanan untuk mencari hidayah. Sebab saya percaya, lebih banyak tekanan, kita akan lebih berkembang,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Puteri itu turut mengakui sebagai manusia dia perlu terus mencari hidayah Allah kerana untuk kekal istiqamah bukanlah proses yang mudah.

“Hidayah itu memang kena cari. Jangan berhenti mencari sebab nak kekal istiqamah itu bukannya mudah,” ujarnya.

Kagum dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji kesungguhan Nora dalam mengejar reda Ilahi selepas dirinya membuat keputusan untuk berhijrah sepenuhnya, pada tahun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya