SK Kerambit jaguh kriket

SK Kerambit jaguh kriket

PASUKAN kriket lelaki dan perempuan Sekolah Kebangsaan Kerambit bersama Pegawai Pendidikan Lipis, Amin Nollah Lateh (belakang, dua dari kanan) dan guru pengiring ketika menyertai kejohanan peringkat negeri di Pekan, Pahang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Kerambit antara sekolah luar bandar di daerah Lipis sudah mendominasi permainan kriket mula mengukir kejayaan di peringkat Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) sejak menyertai pertandingan di

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Integrasi Tun Abdul Razak dan SK Peramu Jaya, Pekan baru-baru ini.

Dalam kejohanan tersebut SK Kerambit telah menghantar seramai 15 orang pemain lelaki dan 15 pemain perempuan menyertai pertandingan tersebut.

Hasil penyertaan kali ini, pasukan kriket perempuan telah mencipta nama serta mengharumkan daerah Lipis apabila muncul tempat kedua selepas ditewaskan oleh pasukan SK Kinchir, Pekan namun pada mulanya pemain sekolah itu berjaya melakukan 90 larian daripada 10 overs, tetapi SK Kinchir, Pekan telah memintas larian pada over kesembilan.

Tidak kurang hebatnya ketika buat pertama kali menyertai pada peringkat negeri, pasukan lelaki sekolah tersebut berjaya memperoleh tempat keempat setelah tersekat di perlawanan separuh akhir dengan SK Iskandar, Bera.

SK Kerambit yang terletak di kampung tradisional Melayu pesisir Sungai Jelai dalam jarak kira-kira 30 kilometer dengan bandar Kuala Lipis sudah membuktikan kejayaan dalam tempoh masa yang singkat dan kini sedang mencatur rancangan untuk menyertai pertandingan pada peringkat negeri tahun ini.

Guru Besar SK Kerambit, Lipis, Naza Badi Mohamad berkata, daalm kejohanan kriket peringkat MSSP kali ini pasukan kriket lelaki dan perempuan yang juga diiringi seramai lima orang guru pengiring telah menunjukkan keazaman serta semangat juang untuk menang.

“Sekolah ini walaupun lokasi di luar bandar, tetapi kesungguhan serta dedikasi yang dizahir oleh guru di sini menggalakkan kemenjadian murid dalam bidang sukan ini sehingga ke peringkat negeri termasuklah beberapa acara sukan lain.

PEMAIN Kriket bersama guru besar, Naza Badi Mohamad (berdiri belakang, kiri), jurulatih serta guru pengiring pengiring ketika menyertai kejohanan peringkat negeri di Pekan, Pahang baru-baru ini.

 

“Saya berterima kasih kepada Pegawai Pendidikan Lipis dan Yang Di Pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini yang cukup cakna dengan memberikan sokongan penuh bersama ibu bapa untuk menggalakkan sukan kriket berkembang di sini,” katanya kepada Utusan Pelajar di SK Kerambit, Lipis baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang sama, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, Amin Nollah Lateh berkata, SK Kerambit antara sekolah luar bandar yang cemerlang dalam pembangunan sukan kriket sekolah rendah di daerah ini.

“Kita amat menggalakkan sukan kriket, golf, sepak takraw dan sebagainya yang selama ini didominasi oleh murid di bandar dan hal ini peluang amat cerah bagi pasukan SK Kerambit berpeluang menonjol pada peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Jelas Amin Nollah, kejayaan yang dicapai SK Kerambit menerusi usaha bersungguh Guru Besar, guru dan jurulatih yang merancang pembangunan sukan menerusi pengurusan serta latihan tersusun termasuk PIBG yang banyak menyumbang serta sokongan ketika pasukan itu menyertai kejohanan di luar.

Sementara itu, jurulatih pasukan kriket sekolah, Mohd Khairil Ridzuan Abdul Molok berkata, pemain sekolah telah menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika berdepan dengan sekolah di bandar yang sudah banyak kali menyertai peringkat negeri dan kebangsaan.

“Namun penyertaan ini merupakan permulaan untuk kita (pemain) mencari pengalaman baharu kembali menggandakan latihan, menggilap kemahiran termasuk pencarian bakat baharu tahun ini bagi menyertai kejohanan yang sama,” katanya.

Katanya, latihan tertumpu membaiki kelemahan tertentu dengan optimis dapat mencongak kejayaan bagi mengharumkan Majlis Sukan Sekolah Daerah Lipis pada peringkat negeri dan Kebangsaan pada masa akan datang.

Mohd Khairil Ridzuan berkata, pemain sudah diasah kemahiran sebelum ini menerusi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Pahang (MSSP) 2023 dan 2024 dan Kejohanan Juara-juara Sekolah Negeri Pahang tahun lalu.

“Kita juga kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah berdekatan serta pertandingan antara sekolah rendah di Jerantut, Temerloh, Kuantan dan Lipis,” katanya.

Sementara itu, pemain kriket sekolah, Aqiel Syahran Khairil Azwan, 11, berkata, dia berjinak-jinak dengan sukan itu ketika di Tahun Empat apabila melihat rakannya berlatih di padang setiap petang dan hujung minggu.

“Setahun kemudian, saya diberi peluang menyertai pasukan sekolah dan mula mengenali peralatan permainan serta mengasah kemahiran menerusi tunjuk ajar jurulatih, Cikgu Mohd. Khairil Ridzuan Abdul Molok,” katanya.

Berkongsi pengalaman yang sama, Afi Khilfi Fathi Muhammad, 11, berkata, penyertaan pertama kejohanan kriket di Pekan tahun lalu walaupun setakat peringkat separuh akhir antara pengalaman pertama dan menumbuhkan minatnya untuk menguasai kemahiran permainan ini.

Ujarnya, dia serta rakan pemain sudah giat menjalani latihan di bawah program kecemerlangan kokurikulum sekolah untuk menyertai pertandingan peringkat negeri pada tahun ini serta mencongak peluang untuk mucul juara dan menyertai peringkat kebangsaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya