Siti Nurhaliza ‘jodohkan’ Zizan Razak dengan pengawal peribadi - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza ‘jodohkan’ Zizan Razak dengan pengawal peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jodoh dengan Mimi, pengawal peribadi saya. Dia orang Terengganu juga. Senang, tak payah gaduh balik kampung. Nanti kita kenalkan dengan Zizan.”

Demikian gurauan spontan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang cuba menjodohkan pelawak dan pelakon, Zizan Razak dengan pengawal peribadinya, Mimi.

Kata Siti, pengawal peribadinya sesuai dijodohkan dengan Zizan memandangkan kedua-duanya berasal dari negeri yang sama.

“Dia faham pekerjaan seorang selebriti. Dia pun masih single. Mimi ini serba boleh. Masak, pandu kereta dan lori, menyelam pun boleh.

“Kalau Zizan kahwin dengan Mimi, sama-samalah jadi bodyguard saya,” seloroh Biduanita Negara itu menerusi satu rakaman yang tular di TikTok.

Rakaman itu dibuat ketika majlis TikTok Shop Raikan Raya, semalam.

Zizan dalam rakaman itu turut menyambut gurauan itu selain menyifatkan penyanyi itu pandai berjenaka.

“Mimi ini ChatGPT ke? Semua benda dia boleh buat. Dahsyatnya dia. Pandai juga Datuk Siti buat kelakar sekarang. Lebih kelakar daripada saya,” balas Zizan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat spontan Biduanita Negara itu mengusik Zizan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya