Silap suami, culas antara alasan Zehra Zambri mohon cerai - Utusan Malaysia

Silap suami, culas antara alasan Zehra Zambri mohon cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BARU BANGI: Penyanyi, Zehra Zambri, 38, menyifatkan ini adalah masa genting yang akan menentukan hala tuju rumah tangga yang dibina bersama suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin.

Zehra yang tiba sekitar pukul 8:35 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat bagi sebutan pertama kes permohonan perceraian ditemani bapa, Zambri Ahmad dan adiknya.

Bagaimanapun, Zehra yang memakai pelitup muka enggan ditemubual pada awalnya dan hanya mahu menyerahkan peguamnya untuk memberi sebagai kenyataan.

“Ini masa yang kritikal, kita tidak tahu apa akan berlaku,” katanya ringkas kepada media.

Dalam pada itu, suaminya, Iqwan membacakan lima tuntutan Zehra memohon perceraian antaranya pengabaian dan perkahwinan tidak boleh diselamatkan.

“Saya serahkan segalanya atas budi bicara mahkamah. Sebelum ini saya ada buat kenyataan, beberapa proses telah dijalankan tapi Zehra enggan bagi kerjasama. Jadi saya serahkan kepada mahkamah.

“Ada lima tuntutan permohonan cerai oleh Zehra iaitu tiada persefahaman, silap saya, perkahwinan ini tidak boleh diselamatkan, pengabaian dan culas tanggungjawab,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun jelas Iqwan, dia masih berhubung dengan finalis Anugerah Juara Lagu ke-21 demi menguruskan anaknya, Zahiyah, 3.

“Kami masih berhubung atas dasar masih menguruskan anak walau selepas cerai difailkan. Saya dimaklumkan hari ini adalah l sebutan pertama dan saya harapkan yang baik-baik sahaja.

“Kalau mahkamah rasa perlu dipanjangkan saya ikut sahaja. Sebagai lelaki, saya kena pertahankan rumah tangga tapi sekiranya isteri kerap munta cerai, kena tanya apa sebabnya.

“Saya sudah buat yang terbaik dan begitu juga dia. Kita serahkan kepada mahkamah untuk cari punca,” katanya.
Terdahulu, rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan bergolak apabila suami Zehra memadam foto bersama di Instagram.

Zehra memfailkan cerai pada 7 Mac lalu tapi dalam masa sama, Iqwan turut ke mahkamah bagi tujuan memfailkan nusyuz terhadap Zehra sebagai langkah menyelamatkan rumah tangga mereka.

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Pada perkahwinan pertama, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 dan berakhir enam bulan selepas itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN