Siasat segera, kenal pasti punca kebakaran saluran gas

Siasat segera, kenal pasti punca kebakaran saluran gas

bersatu
 AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mengadakan siasatan mendalam dan menyeluruh dengan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian kebakaran saluran gas Petronas di Putra Height, dekat sini.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keutamaan mesti diberikan kepada aspek keselamatan awam, lebih-lebih lagi membabitkan kemudahan dan infrastruktur gas negara.

“Pihak berkuasa juga perlu memastikan segala bentuk bantuan dan keperluan asas diberikan kepada semua yang dipindahkan, serta memantau tahap keselamatan kawasan terbabit secara berterusan.

“Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan semoga kejadian ini menjadi pengajaran penting agar tidak berulang,” katanya di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seramai 112 mangsa yang menduduki 49 rumah terjejas akibat kejadian kebakaran membabitkan saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Height, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamed berkata, jumlah mangsa itu membabitkan penduduk di Taman Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru dekat sini, yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati semua mangsa yang terlibat membabitkan 37 kediaman di Taman Harmoni dan 12 lagi membabitkan premis di Kampung Kuala Baru.

“Kebanyakan mangsa cedera iaitu luka di bahagian kaki dan sesak nafas. Ada mangsa yang dibawa ke Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya