Sharnaaz Ahmad pakai jam tangan arwah bapa ke tayangan perdana

Sharnaaz Ahmad pakai jam tangan arwah bapa ke tayangan perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemergian arwah bapa, Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad November tahun kekal meninggalkan kesan mendalam buat pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem terbarunya, Blood Brothers: Bara Naga malam tadi, Sharnaaz membawa semangat bapa dengan memakai jam tangan milik arwah.

“Hari ini saya pakai jam bapa saya.

“Jam ni masih berbalut tisu hospital sebelum saya keluarkan dari simpanan,” katanya ketika ditemui di IOI City Mall, malam tadi.

Bukan itu sahaja, Syawal kali ini dilalui sangat suram oleh pelakon Polis Evo 3 itu tanpa keriuhan suara bapa.

“Saya memang tak raya tahun ini dan setiap hari yang dilalui tanpa fikir langsung pasal Ramadan ataupun raya. Raya tahun ini memang tak ada rasa langsung.

“Ini adalah raya paling tawar dalam hidup. Bangun pagi pun dalam keadaan ‘blur’. Pergi sembahyang dan makan. Kalau boleh saya nak habiskan hari raya pertama itu segera tapi masa rasa lambat pula nak habis.

“Bila habis raya pertama, barulah rasa lega,” katanya.

Dedah Sharnaaz, tiada lagi air mata yang tumpah kerana jiwanya sudah kosong. Kali terakhir dia menangis adalah ketika penggambaran di Johor.

“Perasaan saya membeku, jiwa saya kosong dan tak ada rasa apapun. Alhamdulillah, tiada setitis pun air mata sejak hari raya pertama lagi.

“Kali terakhir saya menangis adalah ketika 40 hari selepas arwah pergi. Masa tu saya bersama Amelia Henderson kerana kami ada penggambaran di Johor.

“Perasaan sedih itu datang secara tiba-tiba. Badan saya rasa sejuk dan memang tidak mampu kawal perasaan sedih. Hari itu adalah hari paling teruk buat saya,” jelasnya.

Terdahulu, Allahyarham Bazir Ahmad menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 27 November tahun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN