KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai status karier Sharifah Shahirah terjawab apabila bekas penyampai Suria FM itu kini menyertai Sinar FM.
Sharifah, yang berkongsi perkembangan tersebut di Instagram, memaklumkan bakal memulakan perkhidmatan di stesen radio berkenaan hari ini.
“Waktu berseronok sudah habis. Masa untuk kerja di tempat baharu, di Sinar FM pukul 3 hingga 7 petang.
“Semoga dilindungi dan dipermudahkan urusan. Selamat hari raya kawan-kawan,” kongsinya.
Sharifah, yang sebelum ini bertugas dia Suria FM sejak 2018, mengambil keputusan untuk mengundur diri dari stesen radio berkenaan pada Februari lepas.
Sebelum bergelar penyampai Sinar FM, pengacara tersebut menerima tawaran untuk menggantikan sementara Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Raden untuk slot 3 Pagi Era.- UTUSAN