Shahnaz Akhtar pangku tugas Ketua Polis Serdang

Shahnaz Akhtar pangku tugas Ketua Polis Serdang

HUSSEIN Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG : Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Serdang akan dipangku Timbalannya, Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkuat kuasa hari ini.

Beliau memangku jawatan itu menggantikan Senior Asisten Komisioner, AA Anbalagan yang dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah susulan kenaikan pangkat yang diumumkan baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kenaikan pangkat itu merupakan satu amanah dan ia juga melambangkan kepercayaan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada kebolehan Anbalagan.

“Anbalagan yang memegang jawatan Ketua Polis Daerah Serdang bermula 15 Jun 2021 dengan penuh dedikasi dan sumbangan luar biasa.

“Sepanjang tempoh lebih tiga tahun perkhidmatan beliau (di Serdang), beliau memainkan peranan penting dalam mengukuhkan keselamatan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas selesai menyaksikan upacara serah terima tugas antara Shahnaz dan Anbalagan.

Sementara itu, Anbalagan dalam ucapannya berkata, pelantikkan beliau sebagai Ketua Cawangan Khas boleh diibaratkan sebagai ‘sirih pulang ke gagang’.

Katanya, beliau sebelum ini berkhidmat kira-kira 22 tahun sebagai pegawai di dalam Cawangan Khas dalam kariernya yang sudah lebih tiga dekad.

“Semasa saya mula menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Serdang, saya datang sarat dengan misi yang diamanahkan, iaitu untuk menurunkan kadar indeks jenayah yang sangat tinggi pada ketika itu.

“Saya amat bersyukur atas kerjasama mantap daripada semua lapisan warga IPD Serdang, berkat usaha bersama, kita berjaya menurunkan kadar indeks jenayah dan mengekalkannya hingga ke hari ini,” jelasnya.

Beliau berkata, amat manis merasai kejayaan yang dicapai.

“Namun pahit maung yang kita tempuhi tidak dapat dilupakan,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya