Seorang lelaki dipercayai lemas, gara-gara mahu selamatkan bot

Seorang lelaki dipercayai lemas, gara-gara mahu selamatkan bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki dipercayai lemas selepas terjun ke laut berhampiran rumah api di Pantai Sungai Pelek dalam usaha menyelamatkan botnya yang hanyut dibawa arus.

Dalam kejadian kira-kira 5.27 petang itu, mangsa berusia 50 tahun didapati terjun ke laut sebelum lemas akibat dibawa arus deras.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu selepas menerima laporan daripada orang awam.

Beliau berkata, misi mencari dan menyelamat mangsa telah dilaksanakan sejak petang tadi.

“Buat masa ini, kami belum menemui sebarang petunjuk. Kami menasihatkan orang ramai agar tidak membuat apa-apa berita yang tidak benar berkenaan
kejadian ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya