Seorang lagi suspek kes culik ditahan, terlibat terima wang tebusan

Seorang lagi suspek kes culik ditahan, terlibat terima wang tebusan

SUSPEK wanita berusia 50-an yang dipercayai terlibat dalam kes culik remaja perempuan direman di Mahkamah Majistret Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lagi suspek terlibat dalam kes culik seorang remaja perempuan di sini pada 10 April lalu telah ditahan polis semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, suspek iaitu wanita berusia 50-an itu ditahan pada pukul 12.55 tengah hari di Cheras, Kuala Lumpur selepas dipercayai terlibat dalam penerimaan wang tebusan.

“Namun, berdasarkan siasatan awal wanita berkenaan disyaki terbabit ketika penerimaan wang yang diminta penculik. 

“Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan lanjut sama ada suspek mempunyai kaitan lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Perculikan 1961.

Jelas beliau, susulan tangkapan tersebut suspek wanita itu telah ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, perintah reman ke atas suspek  dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran bermula hari ini sehingga 30 April depan di Mahkamah Majistret Sivil di sini.

Tangkapan terbaharu ke atas suspek wanita itu menjadikan keseluruhan tujuh suspek ditahan iaitu tiga lelaki dan empat wanita.

Pada 14 April lalu, media melaporkan seorang daripada suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, suspek lelaki berusia 21 tahun itu cuba meloloskan diri ketika ditahan dan memandu secara melawan arus serta melanggar kenderaan polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya