Seorang lagi mangsa terperangkap dalam lubang pembetung kritikal - Utusan Malaysia

Seorang lagi mangsa terperangkap dalam lubang pembetung kritikal

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam pembetung di sebuah resort di Sumpitan di Lenggong hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Seorang pekerja lelaki warga Indonesia yang terperangkap dalam lubang pembetung di tapak pembinaan sebuah resort di Kampung Ibol, Sumpitan di sini hari ini, dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, lelaki berusia 31 tahun itu kini menerima rawatan lanjut di Hospital Taiping.

“Maklumat kejadian diterima pada pukul 10 pagi membabitkan lapan lelaki berusia 25 hingga 55 tahun yang mengalami sesak nafas dalam tangki kumbahan yang dalam proses pembinaan.

“Dalam kejadian itu, dua orang lelaki warga tempatan berusia 29 dan 37 tahun dibawa keluar dari lubang pembetung oleh pekerja lain namun mereka disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat dua lagi mangsa yang kritikal dan mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong namun seorang daripadanya iaitu pekerja lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun disahkan maut manakala seorang lagi dihantar ke Hospital Taiping.

Katanya, empat lagi lelaki masing-masing dua warga tempatan dan dua Indonesia yang turut mengalami sesak nafas ketika membantu mengeluarkan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.

“Jasad dua lelaki warga tempatan itu kini berada di Hospital Taiping untuk proses bedah siasat manakala seorang lagi mangsa akan menjalani proses sama di Unit Forensik Hospital Gerik.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya