Senarai hitam artis yang ada rekod jenayah

Senarai hitam artis yang ada rekod jenayah

ZED ZAIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyokong seandainya wujud cadangan untuk menyenarai hitam mana-mana artis atau selebriti yang memiliki rekod jenayah.

Presidennya, Rozaidi Abd. Jamil atau Zed Zaidi berkata, tindakan itu wajar bagi memberi pengajaran kepada semua pihak dan membersihkan industri seni daripada gambaran atau imej buruk.

“Seniman bersetuju. Mana-mana artis atau selebriti yang terlibat dengan jenayah, yang melibatkan hal tidak senonoh termasuk apa sahaja kelakuan yang boleh memalukan industri seni atas definisi tertentu, mereka ini perlu diambil tindakan.

“Tindakan menyena­rai hitam mereka ini juga penting supaya seluruh penggiat seni melihat bahawa kami, di pihak persatuan benar-benar serius terhadap artis atau selebriti yang terlibat dengan jenayah.

“Bagi saya, mereka ini memalukan industri seni tanah air,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, industri seni hiburan dikejutkan dengan isu kontroversi seorang aktor tempatan yang mengasari seorang wanita dipercayai kekasihnya, baru-baru ini.

Tular dalam media sosial, pelakon itu didakwa telah memukul teman wanitanya sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian tubuh seperti muka, leher dan tangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya