Senarai hitam artis yang ada rekod jenayah - Utusan Malaysia

Senarai hitam artis yang ada rekod jenayah

KUALA LUMPUR 8 MAC 2024 - Pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi bercakap pada sidang akhbar Bazar Ria Raya Bujang Lapok Street di KL Gateway Mall di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: ATHIRAH UTUSAN / HANISAH KOSMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), menyokong seandainya wujud cadangan untuk menyenarai hitam mana-mana artis atau selebriti yang memiliki sebarang rekod jenayah.

Presidennya, Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi berkata, tindakan itu wajar bagi memberi pengajaran kepada semua pihak termasuk membersihkan industri seni daripada gambaran atau imej buruk.

“Seniman bersetuju. Mana-mana artis atau selebriti yang terlibat dengan jenayah, yang melibatkan hal tidak senonoh termasuk apa sahaja kelakuan yang boleh memalukan industri seni atas defini tertentu mereka ini perlu diambil tindakan.

“Tindakan menyenarai hitam mereka ini juga penting supaya industri melihat bahawa kita di pihak persatuan benar-benar serius terhadap artis atau selebriti yang terlibat dengan isu jenayah.

“Bagi saya, tindakan individu seperti ini boleh memalukan industri seni tanah air,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Terdahulu, industri seni hiburan dikejutkan dengan isu kontroversi seorang aktor tempatan yang mengasari seorang wanita dipercayai kekasihnya baru-baru ini.

Tular di media sosial, aktor itu didakwa telah memukul teman wanitanya sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian tubuh seperti muka, leher dan tangan.

Difahamkan, mangsa juga telah membuat pendedahan itu menerusi hantaran di Instastory dengan beberapa foto sebagai bukti.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja afar seperti dilaporkan media mengesahkan menerima laporan oleh seorang wanita yang mendakwa dicederakan teman lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya