GEORGE TOWN: Semua sekolah seluruh negara akan dilengkapi dengan papan pintar (smartboard) sepenuhnya menjelang tahun 2027 sebagai langkah memperkukuh penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pendidikan negara. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif tersebut adalah antara komitmen utama kerajaan dalam memastikan sistem pendidikan nasional berge)rak seiring dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 dan perkembangan teknologi global. Katanya, selain pemasangan papan pintar, Kementerian Pendidikan (KPM) turut merancang pelan sokongan jangka panjang yang melibatkan penaiktarafan pusat kegiatan guru menjadi pusat kecemerlangan teknologi pendidikan. “Usaha ini bertujuan memastikan guru sentiasa bersedia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya