Sembilan hilang tempat berteduh dua rumah terbakar

Sembilan hilang tempat berteduh dua rumah terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran salah sebuah rumah yang terlibat di Kampung Gelong Gajah, Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sembilan mangsa termasuk kanak-kanak berusia enam tahun hilang tempat berlindung selepas dua rumah diduduki mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran yang berlaku di Kampung Gelong Gajah di sini, pada pukul 10.30 malam itu turut memusnahkan empat buah motosikal dan dua buah kereta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu,Thoyyibah Taib berkata,  ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api didapati marak membakar dua rumah kekal dan separa kekal yang dihuni mangsa.

“Laluan yang sempit dan orang ramai memenuhi jalan menyukarkan pasukan bomba tiba ke lokasi kejadian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun seorang lelak yangi juga jiran mangsa yang membantu memadamkan kebakaran mengalami sesak nafas dan dibawa ke hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya