Selebriti terkenal turut hadir berikan penghormatan terakhir

Selebriti terkenal turut hadir berikan penghormatan terakhir

DATUK Ramli Sarip antara yang kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa orang selebriti turut kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara di sini. 

 

Antara yang kelihatan penyanyi rock terkenal, Datuk Ramli Sarip, pelawak dan penyampai radio Johan serta suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. 

 

Orang awam diberi peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas pemimpin negara itu sejak pukul 10 pagi tadi. 

 

Jenazah Allahyarham Tun  Abdullah dijangka dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara di sini selepas solat Zuhur.

 

Terdahulu, jenazah Allahyarham Abdullah tiba kira-kira pukul 8.15 pagi di Masjid Negara di sini untuk istiadat pengebumian dengan dibawa menaiki van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

 

Media semalam melaporkan Abdullah atau Pak Lah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira pukul 7.10 malam selepas menghadapi masalah pernafasan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN