Maaf, Cik Bunga bukan bercakap soal perangai pelakon ini. Sebab setahu Cik Bunga, dari segi keperibadian, Scha Elinnea memang bukan seorang artis yang sombong atau berlagak tidak tentu pasal.
Dalam erti kata lain, Scha ini baik sahaja orangnya. Cuma, apa yang Cik Bunga maksudkan di sini sememangnya tentang rupa paras hidungnya yang didakwa semakin tinggi.
Mulanya, Cik Bunga pun tidak perasan. Tetapi apabila rakan-rakan industri maklumkan, terus Cik Bunga selak gambar terbaharunya di media sosial.
Eh! Memang betul, nampak semakin tinggi. Seingat Cik Bunga, sebelum raya tempoh hari wajahnya tidaklah nampak berubah sangat, meskipun sebelum itu memang ramai dakwa dia kononnya buat pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah.
Nampaknya selepas raya, dia tampil lebih jelita dengan penambahan perubahan di wajah. Cik Bunga tidak nafikan, dia nampak cantik. Tetapi, secara peribadi, Cik Bunga berpendapat dia sebelum ini pun sudah sedia cantik. Ini bukan hendak puji mengampu, memang Cik Bunga rasa dia sudah cantik.
Kalau betul dia buat pembedahan plastik, Cik Bunga pun jadi tertanya-tanya, kenapalah dia hendak buat lagi perubahan wajah. Kalau tidak buat, memang sudah cantik pun.
Tetapi itulah, mungkin ada betulnya kata orang. Kalau sudah sekali buat pembedahan plastik, ubah-ubah wajah, perasaan tidak puas hati itu sukar untuk dikekang. Akan sentiasa sahaja hati itu dihantui perasaan kekurangan.
Cik Bunga harap, Scha tidak perlulah buat perubahan lagi. Itu belum sentuh soal agama lagi. Harapnya nanti tiada kesan jangka panjanglah.