Saya suka dikecam, tapi jangan babitkan mak bapa saya! - Kelly Azman - Utusan Malaysia

Saya suka dikecam, tapi jangan babitkan mak bapa saya! – Kelly Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sering berdepan makian netizen, pencipta kandungan, Kelly Azman memberi amaran kepada pembenci-pembencinya agar tidak keterlaluan melayangkan kecaman terhadap dirinya.

Katanya, dia rela berdepan cemuhan dan makian masyarakat namun tidak akan membenarkan mana-mana pihak membabitkan atau mengheret keluarga dan ibu bapanya dalam hal tersebut.

“Saya ini ada perasaan. Ada keinginan, rasa marah, tak puas hati. Kecaman boleh  menaikkan dan menjatuhkan seseorang. kita ambillah iktibar daripadanya.

“Saya tak salahkan masyarakat kalau mereka kecam saya, tapi jangan berlebihan sampai babitkan mak bapa dan keluarga saya.

“Saya ini kalis kecaman. Apalah sangat cemuhan dan penghinaan orang itu? Tak jadi kudis pun. Kecamlah saya, saya suka,” katanya.

Kelly sering dikecam kerana menyanyikan semula lagu-lagu penyanyi lain. Tindakannya itu dianggap merosakkan karya dan menjatuhkan martabat muzik tempatan.

Kelly menepis anggapan berkenaan dan menyifatkan tindakannya menyanyikan semula lagu penyanyi lain sebagai usaha mempopularkan lagu-lagu berkenaan.

“Saya tak tumpang populariti sesiapa, malah sayalah yang mengangkat lagu-lagu itu agar ia lebih dikenali.

Contoh lagu dinyanyikan Nadeera, Bukan Lagu Kita. Sebelum ini

orang tak tahu pun mengenai lagu itu sampailah saya nyanyikannya, barulah orang tahu mengenainya dan ia pun masuk Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Aktiviti saya ini, iaitu jadi pencipta kandungan, nyanyi lagu orang lain, buat klip video, belanjakan ribuan ringgit untuk tontonan ramai, sebenarnya sedang popular di Indonesia.

“Di malaysia, sayalah orang pertama yang cover lagu artis popular dengan cara profesional.

“Jadi, kenapa orang masih kata saya tak ada bakat?” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN