Santuari Kelip-kelip Yak Yah jadi platform penyelidikan

Santuari Kelip-kelip Yak Yah jadi platform penyelidikan

AIMAN ATHIRAH Sabu (kiri) meninjau sekitar santuari selepas merasmikan Projek Santuari Kelip-kelip Kampung Yak Yah, Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pembangunan Projek Santuari Kelip-kelip Kampung Yak Yah di sini, bukan hanya menjadi daya tarikan pelancong malah menjadi platform bagi penyelidikan dan pendidikan alam sekitar mengenai pemuliharaan kelip-kelip di negara ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pusat pemuliharaan kelip-kelip terbesar itu dibangunkan pada 2019 dan siap sepenuhnya pada April tahun lalu dengan kos bernilai RM5.3 juta.

“Bagi menyokong usaha pemuliharaan habitat kelip-kelip ini, sejumlah 200 pokok bakau, 2,000 pokok berembang dan 500 pokok nipah ditanam di sepanjang Sungai Yak Yah bagi membolehkan kelip-kelip ini membiak,” katanya selepas merasmikan Santuari Kelip-kelip Kampung Yak Yah, kelmarin.

Aiman Athirah berkata, projek itu dilaksanakan kementeriannya melalui Program Pemuliharaan Landskap, Jabatan Landskap Negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya