Sambutan Songkran Kebangsaan di Perak pada 11-13 April

Sambutan Songkran Kebangsaan di Perak pada 11-13 April

AARON AGO DAGANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sambutan Songkran adalah perayaan utama dan penuh bermakna dalam kalendar masyarakat Siam di Malaysia kerana ia menandakan kedatangan tahun baharu dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, sambutan Perayaan Songkran merupakan platform penting bagi memperkenalkan adat resam dan budaya masyarakat Siam kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Perayaan ini seiring dengan matlamat Kerajaan Madani dalam membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian kaum,budaya dan agama di Malaysia.

“Perayaan ini dapat mengeratkan hubungan pelbagai etnik di samping memahami dan memperkasa perpaduan masyarakat Malaysia”, katanya dalam kenyataan.

Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan Majlis Perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan dianjurkan oleh hasil kerjasama antara kementerian itu dengan Persatuan Siam Malaysia

Selain itu, sambutan Songkran yang akan disempurnakan oleh Aaron disambut itu dengan penuh nilai budaya bagi memperkenalkan tradisi, seni, dan budaya etnik minoriti Siam di Malaysia.

Dalam pada itu, pelbagai pengisian menarik seperti perarakan tradisional Songkran, pameran budaya dan makanan tradisional, pertunjukan kebudayaan, pertandingan permainan tradisional, aktiviti mandi air dan aktiviti sosial serta kesenian bersama komuniti diadakan sepanjang sambutan.

Semua orang ramai terutama di kawasan berhampiran untuk turut serta ke Majlis Perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan di Dewan Songkran Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak pada 11-13 April ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai perayaan ini, layari laman sosial rasmi Kementerian Perpaduan Negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya