Sambutan raya mewah Kementerian Kesihatan: Sila rujuk KKM

Sambutan raya mewah Kementerian Kesihatan: Sila rujuk KKM – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan, artis dan selebriti yang diundang bagi membuat persembahan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran kementeriannya sebelum ini tidak mengenakan sebarang bayaran.

Menurutnya, ia berdasarkan pengalaman penganjuran rumah terbuka Aidilfitri kementeriannya bersama Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun lalu.

Katanya, kebiasaan artis yang hadir tidak mengenakan apa-apa bayaran ataupun bayaran yang nominal.

“Dalam pengalaman Kementerian Komunikasi sendiri pada tahun lalu, bila kita melakukan dengan KPKT, beberapa artis telah menyatakan mereka akan menyampaikan persembahaan dan tidak mengenakan apa-apa caj,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian bagi mengulas dakwaan dan kritikan segelintir pihak kononnya Kementerian Kesihatan (KKM) berbelanja besar dalam menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui berhubung perkara tersebut kerana tidak diundang ke majlis berkenaan dan meminta isu itu dirujuk kepada KKM.

“Tapi, untuk itu (Majlis Sambutan Hari Raya KKM) saya tak ada apa-apa maklumat, boleh rujuk dengan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda Pas Terengganu meluahkan rasa kecewa dan simpati terhadap ribuan warga kerja KKM yang saban hari bergelut dengan tekanan kerja, fasiliti yang serba kekurangan dan ketidakpastian masa depan.

Namun, dalam masa sama, Ketua Lajnah Kesihatannya, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin berkata, warga kerja KKM itu terpaksa menyaksikan kementerian sendiri menganjurkan majlis sambutan Aidilfitri yang mewah bersama artis dan selebriti.

Sedangkan, realitinya, kata beliau, lebih 3,000 doktor kontrak meletak jawatan sejak 2021, kebanyakannya kerana tekanan kerja melampau, sistem penempatan yang lemah dan ganjaran yang tidak setimpal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya