Saluran paip stesen minyak terbakar punca api marak menjulang di Putra Height

Saluran paip stesen minyak terbakar punca api marak menjulang di Putra Height

TANGKAP layar kejadian kebakaran gudang simpanan gas yang berlaku di Putra Heights.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saluran paip di sebuah stesen minyak di Putra Height di sini, dipercayai terbakar, hari ini.

Kebakaran menyebabkan api marak dapat dilihat sejauh beberapa kilometer (km).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kebakaran membabitkan saluran paip gas.

Katanya, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.10 pagi berkaitan kejadian terbabit.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya digerakkan ke lokasi dan tiba di lokasi pada 8.23 pagi.

“Kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter yang mana api sedang marak menjulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, balai bantuan turut terlibat ialah BBP Puchong, BBP Shah Alam, BBP Jelutong, BBP Cyberjaya, BBP Rawang, BBP Klang Selatan, BBP Klang Utara dan BBP Damansara.

“Operasi membabitkan seramai 62 anggota serta pegawai kesemua BBP terlibat,” katanya- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya