Rumah Terbuka Mekdi Raya terus meriah, rai warga Damansara

Rumah Terbuka Mekdi Raya terus meriah, rai warga Damansara

ORANG ramai yang hadir di Rumah Terbuka McDonald's di Mc Donald’s Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur semalam.-UTUSAN/MUHAMMAD NAIM HELMI HAFIDZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suasana sambutan Aidilfitri terus disemarakkan dengan penganjuran Rumah Terbuka Mekdi Raya anjuran McDonald’s Malaysia di cawangan Bandar Sri Damansara di sini semalam.

Program itu mengekalkan kemeriahan seperti penganjuran di Pantai Sentral Park kelmarin, dengan 1,500 set McDonald’s Foldover Ayam diagihkan secara percuma.

Bagi Kartina Elias, 38, pengalaman menyertai rumah terbuka McDonald’s cukup bermakna apabila dapat merasai kemeriahan suasana Aidilfitri bersama keluarga di luar rumah.

Katanya, dia sekeluarga turut mengenakan pakaian sedondon semata-mata untuk menambah rasa ‘mood’ raya ketika menghadiri majlis itu.

“Memang saya pakai baju raya sebab nak rasa suasana sambutan walaupun di restoran.

“Anak-anak yang paling tidak sabar untuk bermain permainan yang disediakan dan jumpa artis terkenal,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Aisyah Rafiq, 24, sanggup memandu dari Gombak bersama suami dan anak-anak selepas mengetahui mengenai penganjuran program tersebut menerusi media sosial.

Katanya, walaupun penat selepas seharian bekerja, namun rasa teruja menyambut Aidilfitri bersama keluarga mendorongnya hadir ke majlis berkenaan.

“Memang saya dan keluarga peminat McDonald’s. Anak-anak paling gembira, bukan saja sebab dapat makanan percuma tetapi suasana di sini meriah dengan pelbagai aktiviti,” katanya.

Program Rumah Terbuka Mekdi Raya akan diteruskan di beberapa lagi lokasi iaitu Indera Mahkota, Pahang (18 April), Bandar Baru Uda, Johor (19 April) dan Tabuan Jaya, Sarawak (26 April). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya