Rumah dihempap tanah runtuh di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak

Rumah dihempap tanah runtuh di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak

ANGGOTA bomba melakukan pemantauan di kawasan berlaku tanah runtuh di Kampung Orang Asli, Batu 12, Gombak pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tanah runtuh menghempap dinding sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Orang Asli, Batu 12, Gombak dekat sini, pagi ini.

Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.05 pagi.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi membabitkan kekuatan enam pegawai serta anggota.

“Komander operasi memaklumkan kejadian tanah runtuh berkenaan menghempap dinding rumah.

“Namun tiada mangsa dilaporkan terbabit kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, anggota membuat pemantauan di kawasan sekitar dan memberi nasihat kepada penghuni sekitar.

Katanya, bomba kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak polis serta pihak Pejabat Daerah dan Tanah Gombak untuk tindakan lanjut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya