RM228 juta projek Pembangunan Berorientasikan Transit di enam stesen ECRL

DUN Terengganu: RM228 juta projek Pembangunan Berorientasikan Transit di enam stesen ECRL 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak RM228 juta diperlukan bagi membiayai projek pembinaan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Fasa 1 yang melibatkan enam stesen utama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, peruntukan tersebut meliputi penyediaan infrastruktur, pengambilan balik tanah, kerja tanah serta pembangunan terminal transit.

“Semua kawasan stesen ECRL sudah mempunyai pelan induk dan perancangan guna tanah yang dibangunkan secara berfasa mengikut jadual ditetapkan.

“Perancangan ini diselaraskan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah terlibat melibatkan tiga fasa pembangunan iaitu jangka pendek (satu hingga tahun tahun), sederhana (tiga hingga lima tahun) dan jangka panjang (lebih tahun tahun),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Sulaiman Sulong (Pas-Pengkalan Berangan) yang ingin tahu mengenai status terkini pembangunan TOD bagi semua stesen ECRL di Terengganu dalam sesi soal jawab lisan di Persimpangan Dewan Undangan Negeri (DUN)  hari ini. 

Menurut beliau, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) juga memperuntukkan dana khas bermula tahun ini bagi tujuan penyediaan infrastruktur asas sebagai insentif merancakkan pembangunan di kawasan terlibat.

Menjawab soalan Dr. Mamad Puteh (PAS-Kuala Berang) berhubung jalan runtuh di Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Hulu Terengganu akibat musim tengkujuh tahun lalu, Hanafiah berkata, sebanyak RM36 juta diperlukan untuk kerja membaik pulih laluan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya