Ribut petir landa 11 negeri petang ini

Ribut petir landa 11 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di 11 negeri.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, kawasan terlibat adalah seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Perak (Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang).

“Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal di seluruh Melaka manakala Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, di Sarawak meliputi kawasan Miri (Telang Usan) dan Limbang manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan.

“Bahagian Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN