Rayuan ditolak, hukuman denda hina Naib Canselor UM ditambah RM10,000

Rayuan ditolak, hukuman denda hina Naib Canselor UM ditambah RM10,000

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminda jumlah denda yang dikenakan kepada bekas graduan Universiti Malaya (UM) yang didakwa menghina Naib Canselor institut pengajian tinggi itu dalam satu istiadat konvokesyen, enam tahun lalu.

 

Hakim Muhammad Datuk Jamil Hussin meminda jumlah denda RM5,000 yang dikenakan terhadap Wong Yan Ke, 29, sebelum ini dengan menaikkan jumlah tersebut kepada RM10,000.

 

Hakim tersebut memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan selaku responden dan menolak rayuan Yan Ke selaku perayu terhadap sabitan dan hukuman. 

 

Dalam penghakimannya, Hakim Muhammad Jamil berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan dan majistret yang mengendalikan bicara telah memberikan alasan sewajarnya dalam menyampaikan keputusannya.

 

“Setelah meneliti keseluruhan kes, tiada keraguan dalam kes pendakwaan dan kesalahan seperti pertuduhan telah dibuktikan melangkaui keraguan munasabah.

 

 “Tidak ada alasan mencukupi untuk mengganggu keputusan majistret bicara yang telah mensabitkan perayu dan sabitan ke atas Yan Ke adalah selamat. Oleh itu sabitan terhadap perayu dikekalkan,”katanya.

 

Selain itu, Mahkamah Tinggi turut bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa denda RM5,000 adalah tidak mencukupi dan tidak bersesuaian dengan fakta dan keadaan kes ini.

 

“Denda RM5,000 diketepikan dan digantikan dengan denda RM10,000 atau enam bulan penjara jika denda gagal dibayar. Saya difahamkan perayu telah membayar RM5,000 sebelum ini, oleh itu dia dikehendaki membayar RM5,000 lagi.

 

“Rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman ditolak dan rayuan responden terhadap hukuman dibenarkan,”ujar hakim tersebut. 

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khalijah Mohd Khalid manakala Yan Ke diwakili peguam bela, Farida Mohamad. 

 

Pada 9 Oktober 2023, Yang Ke didapati telah mengaibkan dan mendatangkan marah kepada bekas Naib Canselor UM itu dan tetamu dalam Istiadat Konvokesyen ke-59 di Dewan Tunku Canselor UM, pada 14 Oktober 2019, pukul 10 pagi.

 

Kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali. 

 

Majistret Illi Marisqa Khalizan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berkenaan. 

 

Pada 14 Oktober 2019, ketika istiadat konvokesyen itu, Yan Ke telah membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM untuk mendesak pemimpin universiti meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’ dan ‘Ini Tanah Malaysia’.

 

Ia dipercayai ditujukan kepada Dr. Abdul Rahim Hashim yang menurut graduan itu telah menggunakan nama UM untuk politik kaum dan kepentingan parti semasa Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKMM) UM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya