Raya di Singapura macam ada shift – Imran Ajmain - Utusan Malaysia

Raya di Singapura macam ada shift – Imran Ajmain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“SEBULAN kami pakai baju raya pergi kerja.”

Demikian perkongsian penyanyi asal Singapura, Imran Ajmain, ketika bercerita mengenai kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri di tanah kelahirannya. Jelas Imran yang mula meledak dengan lagu Seribu Tahun, umat Islam di negaranya hanya mempunyai sehari sahaja cuti rasmi untuk menyambut hari kemenangan.

Oleh itu, mereka akan pergi kerja dengan memakai baju kurung iaitu gelaran pakaian tradisional untuk lelaki dan perempuan di sana selama sebulan. Perkara itu dilakukan demi memudahkan mereka untuk sambung beraya ke rumah saudara dan kawan-kawan selepas habis jam kerja.

“Itu baru dinamakan beraya bergaya. Di sana, baju Melayu atau baju kurung kedua-duanya dipanggil baju kurung. Kami sudah biasa lihat orang pakai baju kurung selama sebulan.

“Sebab itu kalau anda tengok orang Singapura beli-belah pakaian raya di Johor Bahru, memang meriah. Maklumlah stok untuk sebulan,” tambahnya.

Jelasnya lagi, kebanyakan penduduk di Singapura tinggal di rumah pangsa. Oleh itu, mereka mempunyai ruang yang terhad untuk semua ahli keluarga berkumpul berbanding kebanyakan kampung di Malaysia.

Oleh itu, mereka akan melakukan sistem giliran atau shift, demi memastikan tiada pertempungan waktu ziarah selain memudahkan urusan kunjung-mengunjung semasa hari raya.

“Di Malaysia sehari sebelum raya semua sudah pulang ke kampung dan tidur dalam satu rumah. Kami tidak boleh lakukan itu kerana tinggal di rumah pangsa.

“Keadaan akan jadi semakin mencabar apalagi untuk keluarga yang mempunyai lebih daripada 10 orang ahli dan semua mahu berziarah serentak. Apa yang kami lakukan ialah buat sistem giliran. Kalau keluarga saya sudah mahu beransur, kami akan beritahu kepada keluarga lain untuk bersedia dan datang dalam 20 minit.

“Semasa berziarah pula memang kami akan duduk lutut bertemu lutut sebab kawasan kecil. Sambil berbual, orang dari belakang akan pass kuih raya dan air. Begitulah keadaan kami di sana.

“Dari segi makanan pula, apa yang istimewa di Singapura ialah hampir setiap rumah wajib ada sambal Jawa. Itu menu wajib,” tambahnya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, apa yang paling ditunggu oleh masyarakat di Singapura ialah Pesta Raya yang bakal diadakan setiap tahun pada minggu kedua Aidilfitri.

“Ia adalah pesta besar-besaran yang berlangsung selama seminggu di Esplanade. Ada jualan dan juga tiga jenis konsert. Ada konsert percuma, selingan dan berbayar. Kalau berbayar biasanya ada jemputan artis daripada Indonesia dan Malaysia.

“Selain itu, pesta tersebut sangat meriah dengan tarian persembahan seperti dikir barat, pementasan teater dan aktiviti seni lain. Biasanya semua akan pakai baju tradisional dan ramai-ramai pergi tengok pesta,” ceritanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya