Rasa bodoh sangat ikut trend itu - Liyana Jasmay - Utusan Malaysia

Rasa bodoh sangat ikut trend itu – Liyana Jasmay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay mengakui khilafnya membuat trend menari di TikTok ketika membuat agihan duit raya kepada anak saudaranya tanpa usul periksa.

Kata Liyana, dia juga kesal kerana tidak cakna bahawa trend tersebut merupakan tarian tradisional kaum Yahudi.

“Saya berasa sangat cetek akal dan bodoh kerana melakukan trend ini dengan anak saudara saya,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Tidak berhenti di situ, penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta itu turut memadam perkongsian yang telah dimuat naik usai mengetahui asal usul tarian terbabit.

“Terus padam bila nampak video teguran itu. Kepada rakan-rakan saya yang tidak mengetahui, janganlah ikut trending TikTok, baik saya buat (video) mukbang saja,” jelasnya.

Sebelum ini, trend tarian itu mula dijadikan sebagai kandungan dalam sesetengah wargamaya sempena upacara pemberian duit raya ketika menyambut perayaan Aidilfitri.

Namun, trend yang turut menjadi ikutan dalam kalangan selebriti itu juga telah menerima teguran dari beberapa pihak selepas tular sebuah video sekumpulan golongan Yahudi melakukan tarian yang sama. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya