Ramalan Mahfuz jarang ‘tak kena’

Ramalan Mahfuz jarang ‘tak kena’

Datuk Ahmad Yahaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas menyifatkan ramalan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar tentang parti itu hanya membazir tenaga dan wang ringgit apabila meletakkan calon di Ayer Kuning sekadar cakap-cakap kosong.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata, beliau tidak perlu memberi respon terhadap kenyataan Mahfuz secara serius kerana telahan bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu jarang ‘tidak mengena’ selama ini.

“Saya tidak pelik kalau Datuk Mahfuz mengeluarkan kenyataan penyertaan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dianggap sesuatu pembaziran.

“Ramalan beliau jarang tidak kena. Ketika beliau meramalkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) memenangi 16 kerusi DUN Kedah dan akan mendapat majoriti mudah, ia benar-benar hampir berlaku.

“Namun, bukan apa yang diramalkan itu berlaku, sebaliknya PH-BN terus ditidurkan oleh rakyat Kedah. Begitulah ‘hebatnya’ ramalan politik Datuk Mahfuz,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz bahawa Pas hanya membazir tenaga dan wang ringgit apabila meletakkan calon bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK DUN Ayer Kuning, 26 April ini.

Ini kerana ujar Mahfuz, mengikut perkiraan politik yang dicampur undi PH dan BN dalam pilihan raya sebelum ini tidak mungkin akan memberi kemenangan kepada PN dalam PRK kali ini.

Malah, kata beliau, jika berlaku pengurangan undi kepada PH-BN sekali pun ia disebabkan faktor pengundi luar yang mungkin tidak pulang namun peratusannya amat kecil berbanding kelompok pemilih yang lain.

Sementara itu, Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, parti itu sudah lama menyertai sistem demokrasi di negara ini dan berkeyakinan suatu masa nanti rakyat akan terbuka untuk memilih Pas.

“Kita yakin prestasi berkerajaan semasa negara dilanda pandemik yang dahsyat di samping pentadbiran cemerlang serta sifar rasuah di negeri-negeri SG4 ketika ini yang menambah keyakinan rakyat untuk memilih calon Pas, Abdul Muhaimin Malek.

“Sebaliknya, Datuk Mahfuz harus bimbangkan tentang partinya sendiri. Sekadar melukut di tepi gantang. Ada tiada menambah, tiada tidak mengurang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya