Rakyat sakit, saya juga sakit - Ramanan

Rakyat sakit, saya juga sakit -Ramanan

KEUTAMAAN Ramanan membantu penduduk di kawasan Parlimennya berdasarkan kepada keperluan mendesak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rutin  Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan ternyata berubah sejak terpilih sebagai wakil rakyat di kawasan Parlimen Sungai Buloh, mungkin kerana hati sentiasa tersentuh dengan permintaan rakyat yang mengharapkan bantuan membela nasib mereka.

“Hati saya tersentuh sehingga boleh menitiskan airmata apabila melihat penduduk kawasan saya ini mengharapkan bantuan menyelesaikan masalah yang mereka tanggung, dans ekali lagi airmata saya tumpah tanda kegembiraan setelah masalah mereka saya tolong selesaikan. ”

Demikian kata-kata Ramanan, Ahli Parlimen Sungai Buloh apabila ditanya rutin hidupnya mewakili kawasan Parlimen tersebut yang mempunyai lebih 350,00 pemilih.

Ramanan yang menyandang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 12 Disember 2023 mewakili PKR-PH, berkata, beliau merasai momen-momen yang sukar dilupakan setiap kali meninjau kawasan rakyat yang bermasalah.

Menurutnya, rasa terharu itu sukar digambarkan apabila melihat air muka penduduk, malah ada satu peristiwa yang sukar beliau lupakan ketika banjir melanda di Paya Jaras.

Katanya, ketika itu air naik, dengan cepat, penduduk panik dan banyak barangan rosak. Seorang pengusaha kuih kerugian kerana tidak dapat menyiapkan tempahan.

Ramanan ketika itu berfikir pantas, menghubungi seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) agensi dan seorang pegawai agensi di bawah kementerianya bertanya sama ada mereka boleh bantu dan apabila diberitahu ada beberapa barangan yang boleh diberikan kepada mangsa banjir berkenaan dan beliau lega.

 

 

 

 

Penjual kuih itu kemudian dibantu dan dia boleh meneruskan perniagaan kuihnya.

“Apabila melihat dia gembiira saya, cukup terharu. Apabila mereka sakit pula , saya turut sakit,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Bagi Ramanan, tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat dapat ditunaikan dengan baik meski pun kadangkala terpaksa menerima kemarahan segelintir rakyat yang kurang berpuas hati.

Kata beliau, pasukannya berada di setiap kawasan membantunya menjadi mata dan telinga melihat masalah rakyat di Sungai Buloh.

Beliau menubuhkan dua pasukan iaitu pasukan tindakan pantas (FRT) dan pasukan tindakan pintar bagi menghadapi situasi banjir yang sering berlaku di Sungai Buloh.

Oleh kerana isu penduduk di Parlimen 104 Sungai Buloh agak mencabar kerana perbezaan kelas sosial mereka agak ketara, maka semua bantuan diberi berdasarkan keperluan segera.

Sebagai contoh di Parlimen Sungai Buloh antara mereka yang menetap di kawasan mewah termasuklah antaranya Mont Kiara dan Bandar Sungai Buloh manakala kawasan lain di penempatan penduduk kampung di Paya Jaras.

 

Parlimen Sungai Buloh mengandungi dua Dewan Undangan Negeri (DUN) N38 Paya Jaras dan N39 Kota Damansara.

Sebaik sahaja diumumkan menang Ramanan berkata, dia terus meninjau kawasan itu yang bukan sahaja luas dan dihuni penduduk yang kelas sosialnya berbeza dengan ketara tetapi menghadapi masalah yang memerlukan perancangan rapi untuk diselesaikan.

Ramanan memberi contoh rungutan dan keperluan penduduk di Paya Jaras mestilah berbeza kerana majoritinya penduduk kampung yang sering terbeban dengan kos sara hidup , masalah pembayaran bil sekolah bantuan asas harian, kos menanggung anak ke sekolah, ke universiti dan membeli barangan harian.

Di kawasan penempatan yang berkelas tinggi, mereka lebih berharap agar infrastruktur seperti jalan lebih memuaskan dan tidak rosak.

Ketika ditanya, sama ada janji yang dibuat semasa kempen dan terkandung dalam manifestonya berjaya ditunaikan setakat ini, Ramanan berkata, antara 70 hingga 75 peratus sudah dilaksanakan.

“Saya ada beberapa janji dalam manifesto semasa berkempen iaitu pertama isu banjir. Dalam hal ini saya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membantu menyelesaikan masalah banjir.

“Fasa pertama sebanyak RM 900 juta diperuntuk untuk membina tebatan banjir manaka fasa kedua RM481 juta sedang dalam proses,” ujarnya.

Kempen kedua adalah menyalurkan gaji dan elaun yang diterimanya kepada semua rumah ibadat di kawasan parlimennya yang berjumlah kira kira 100 buah meliputi masjid, surau, gereja kuil dan tokong.

Dana itu bertujuan meringankan beban penduduk yang boleh dimohon di rumah ibadat masing-masing dan ia meliputi permohonan untuk bantuan belanja atau bayar bil. Bagi membaiki kemudahan untuk penduduk, beliau menggunakan peruntukan kawasan Parlimen dan ia bergantung kepada bentuk aduan yang diterima.

 

 

 

BIODATA
DATUK SEri Ramanan Ramakrishnan
Jawatan:

1) Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
2) Ahli Parlimen Sungai Buloh
3) TImbalan Ketua Penerangan PKR

Kelayakan Akademik

1) Pendidikan Menengah – O-Levels
Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ)
2) Pra-Universiti
Program Ijazah America Taylor’s College, Malaysia
3) Asasi Dalam Pengajian Perniagaan
Mississippi State University (MSU), United States (USA)
4) Diploma
Diploma Lanjutan
Kejuruteraan (Mekanikal & Pembuatan)
Swinburne University of Technology, Melbourne, Australia.
5) Ijazah Sarjana Muda
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Mekanikal)
Queensland University of Technology (QUT) Queensland, Australia

 

Ketiga, beliau juga mewujudkan kemudahan aplikasi khas dan laman sesawang yang membolehklan penduduk mengakses bagi membuat aduan terus untuk penelitian dan tindakan beliau dan pasukannya.

Aplikasi tersebut memudahkan penduduk menyalurkan aduan dan rungutan mereka tanpa bersusah payah berjumpa secara bersemuka. Beliau juga berjanji untuk membina kemudahan kompleks sukan yang besar dan lengkap tetapi setakat ini masih tertangguh kerana ketiadaan kawasan tapak sesuai .

Antara program yang dianjurkan adalah Jualan MADANI dan Koperasi (SKM)Program Back to School (Bank Rakyat) bagi sumbangan peralatan sekolah dan bantuan awal persekolahan kepada urid sekolah dan program CSR serta program Focus Point (PERNAS) iaitu sumbangan cermin mata kepada murid sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya