Pusat Jagaan Rumah Pelangi diarah tutup, 18 kanak-kanak diselamatkan

Pusat Jagaan Rumah Pelangi diarah tutup, 18 kanak-kanak diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hulu Langat telah mengeluarkan perintah penutupan Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Rumah Pelangi (Rainbow Home) dan semua kanak-kanak yang berada di situ sudah diselamatkan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataannya memaklumkan, seramai 18 kanak-kanak iaitu 12 lelaki dan enam perempuan telah dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dipindahkan ke PKMD Hulu Langat untuk proses saringan awal.

Katanya, pihak kementerian menerusi Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM) akan terus memantau situasi itu serta mengambil langkah susulan yang sewajarnya demi menjamin keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak terbabit.

“Satu pemeriksaan telah dijalankan oleh Pegawai Diberi Kuasa (PBDK), JKM Selangor, PKMD Hulu Langat dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) D11, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, kelmarin.

“Susulan pemeriksaan itu, dua orang penjaga premis telah diminta hadir ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut. 

“Sebagai langkah awal, pihak PKMD Hulu Langat mengeluarkan perintah penutupan premis dan semua kanak-kanak yang berada di pusat jagaan tersebut diselamatkan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes penderaan untuk terus menghubungi Talian Kasih di 15999, menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-2615999 atau hadir ke PKMD berdekatan bagi mendapatkan bantuan segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya