Pukul: Lapan termasuk seorang wanita ditahan

Pukul: Lapan termasuk seorang wanita ditahan

TANGKAP layar rakaman video yang tular memaparkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai di sebuah rumah di Pangsapuri Plentong Baru, Masai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan lapan individu, termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki di sebuah rumah di Pangsapuri Plentong Baru, Masai, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.30 malam, Jumaat lalu.

Menurutnya, mangsa yang berusia 21 tahun membuat laporan polis tentang kejadian itu pada pukul 10.30 malam, semalam.

“Menurut pengadu, dia mengunjungi rumah tersebut selepas diajak suspek wanita yang dikenali melalui media sosial. Setelah pengadu tiba, dia dipukul oleh sekumpulan lelaki warga tempatan. Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami kecederaan pada bahagian bibir, luka telinga kiri dan bengkak pada bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi memberitahu, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 19 hingga 26 tahun dan lima daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Ujian urin turut mendapati empat daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kesemua suspek kini direman enam hari bermula semalam,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 342, Seksyen 324 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya