Propa atau cinta? - Utusan Malaysia

Propa atau cinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANJANG ramadan, selain soalan macam masa puasa setakat ini, Poklip kerap menerima pertanyaan, betulkah Bella Astillah dan Syed Saddiq bercinta? Kalau bukan mereka, betulkah Fattah Amin dan Amira Othman bercinta?

Kedua-dua ‘pasangan’ betul-betul menjadi Ramadan kali ini. Merata orang bercakap pasal mereka. Baik BASS atau AOFA, kedua-dua ‘pasangan’ ini mencipta sensai romantis untuk peminat-peminat mereka.

Sebenarnya Poklip sendiri pun tidak tahu benarklah mereka bercinta. Satu, Poklip tidak duduk serumah dengan mereka. Kedua, dalam dunia hiburan ini, macam-macam boleh jadi tau. Hari ini nafi, esok kahwin.

Ada juga yang hari ini beriya-iya tayang manisnya percintaan, esok lusa sepi tanpa khabar berita. Mungkin sebab itu ada segelintir artis yang lebih mudah guna terma, ‘kami kawan sahaja’.

Kalau cakap pasal Syed Saddiq dan Bella Astillah, untuk menafikan ada ‘sesuatu’ antara mereka itu susah juga. Mana ada lelaki berstatus sahabat hendak teresak-esak hantar kawan perempuan dia menunaikan umrah.

Kalau hendak kata Syed Sadiiq syok sendiri pun susah juga. Mana ada kawan perempuan yang hari-hari tayang kemesraaan akan teman ke mahkamah memberi sokongan semata-mata atas dasar persahabatam?

Eh macam tidaklah kan. Walaupun sumber Poklip mengatakan mereka ini benar-benar sudah tangkap cinta, Poklip pun tak berani mahu mengesahkannya. Kita boleh tunggu sampai Aidilfitri berakhir selepas sebulan.

Bukan apa, kalau tengok graf ‘percintaan’ baik BASS dan AOFA, mereka mula bekerjasama menerusi penampilan sebagai wajah kepada dua jenama pakaian. Masing-masing sibuk promosi baju raya.

Jadi kalau hendak tahu sejauh mana ‘percintaan’ mereka, tunggu sahaja bulan Mei nanti. Mana tahu bila kontrak tamat, maka segala cerita romantis juga akan habis siarannya. Kita pun tak tahu kan.

Sejarah sudah banyak terbukti. Kadang-kadang ada segelintir artis memang suka guna percintaan sebagai gimik mempromosikan produk. Bila sudah suram, mulalah masing-masing buat hal sendiri.

Tapi Poklip tidak terkejut pun kalau kisah sensasi romantis ini akan berkekalan sampai hujung tahun. Kalau pun mereka tidak bercinta, apa salahnya terus memberi harapan dan imaginasi kepada para peminat.

Kalau tengok perkongsian di media sosial, peminat rasanya lebih tangkap cintan berbanding kedua pasangan itu. Macam merekalah yang bercinta. Tetapi itulah unsur hiburan yang mungkin diperlukan.

Tak apalah. Kita tunggu sahaja. Mana tahu tiba-tiba sampai undangan ke majlis pernikahan kan. Kita doa yang baik-baik. Semua orang berhak untuk bahagia, dengan cara dan pilihan masing-masing.

Cuma hujung cerita semua itu hanya gimik, maka apalah daya kita untuk menafikan industri hiburan dipenuhi dengan golongan yang memang suka mencipta sesuatu hanya untuk propaganda.

Kalau nanti orang sudah label pemain industri seni kaki propa, kaki gimik jangan bising pula. Sebab rasanya majoriti anak seni memang suka main gimik. Itulah, Poklip pun nak pura-pura pengsan lah. Gimik di tempat kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya